Sunday, October 02, 2011

PENGENALAN UNDANG-UNDANG HAK CIPTA DALAM PENULISAN


Bismillah...

Saya membelek lagi risalah-risalah berkaitan penulisan yang ada tersimpan dalam fail lama saya. Dan akhirnya,saya terjumpa risalah ini. Sebenarnya, risalah ini saya perolehi semasa saya menghadiri Bengkel Penulisan Dan Editorial pada tahun 2009 di kampus suatu masa dahulu.Seingat saya adalah anjuran PRU. Masa itu saya baru sahaja mencari gali potensi dan mengecam minat  saya untuk bergiat  dengan bidang penulisan.

Baru saya sedar, sebenarnya saya dah didedahkan dengan perkara-perkara ini dahulu  cuma selama ini saya bersikap acuh tak acuh sahaja...Jadi, konklusinya belajar dari kesilapan lalu..ilmu perlu dipraktikkan ..perlu disampaikan...dan bukan sekadar disimpan semata-mata ,betul kan ? =)


Notes ini adalah artikel ketiga saya berkaitan isu Akta  Hak Cipta ..semoga bermanfaat!

*Artikel ini hanyalah  sebahagian daripada  input yang saya peroleh dari risalah lama tadi


PENGENALAN UNDANG-UNDANG HAK CIPTA DALAM PENULISAN
Sumber : PTS (www.ptsislamika.com.my)

Pengenalan
-Hak cipta adalah satu pengawalan segala jenis bentuk penyataan/ penzahiran idea dari ditiru oleh orang lain.
-Dilindungi sebaik sahaja dicipta
-Karya mestilah ditulis, direkod  atau selainnya dijadikan dalam bentuk bahan.
-Bentuk penerbitan  bahan tidak terhad kepada bentuk bahan cetak sahaja.

Karya-karya yang layak mendapat hakcipta
*Karya sastera
*Karya muzik
*Karya seni
*Filem
*Rakaman bunyi
*Siaran

Hak cipta penulis
S23 (1) Hak eksklusif bagi pengawalan di Malaysia
a) Pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan
b) Penyampaian kepada orang ramai
c) Pertunjukkan,tayangan atau permainan kepada awam
d)Pengedaran salinan-salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahan
e) Penyewaan secara komersial kepada orang awam



Karya berhak dipelihara dan dijaga!

Plagiat
Menurut Kamus Dewan edisi ke 3: Mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakanya sebagai karya sendiri atau ciplak.


Kategori Plagiat

Plagiat sahih/jelas
-Membeli, mencuri, memuat turun keseluruhan makalah dari internet
-Mengupah orang lain menulis/menyatakan karya orang lain sebagai karya sendiri
-Menggunakan/menyalin petikan orang lain tanpa mengkredit/ menyatakan sumber
-Memotong/menampal sebahagian besar petikan dari satu/beberapa makalah tanpa mengkredit/menyatakan sumbernya

Plagiat kabur
-Mengolah semula petikan tetapi menggunakan terlalu banyak perkataan dari sumber itu
-Meminjam idea/ mendapat ilham dari idea/makalah orang lain tanpa menyatakan identiti orang itu
-Memberikan maklumat tak lengkap mengenai sumber rujukan



Wardah Safiah,
(http :// wardah-safiah.blogspot.com)
Rakan GGCR IPT (Gerak Gempur Cetak Rompak)
12.43 am 2 Okt 2011

No comments:

Post a Comment