Wednesday, March 22, 2017

Kalah Lebih Awal








    Kadang, 
kita memilih untuk kalah dengan lebih awal,
 iaitu saat menolak untuk mencuba.

#kitadalampembikinan




Jangan bebankan hati dengan bebanan perasaan. Perjalani hidup dengan hati yang kebal, selalu.





Teruskan.


Monday, March 13, 2017

Berhentilah Berungut, Bersungut





Ini pengalaman indah saya. 

Kerana inilah pengalaman pertama saya turun ke lapangan untuk tugasan wawancara majalah #alustaz, setelah sekian lama saya bercerai dengan dunia luar sejenak. Ya, setelah majalah #demicinta mendepani keputusan yang berat iaitu ditangguhkan sementara penerbitan. 

Hidup ini ibarat magnet. Kita mudah berjangkit. Jika magnet, ada masa kita ditarik dan ada masa ditolak. Lalu, kerana itulah saya suka berada di kelompak mereka yang sihat. Kerana, mudah-mudahan ia menjangkiti diri. Kerana itulah berjumpa bertemu insan lain itu menjadi ketagihan yang kuat untuk saya, sejak dulu.

Subhanallah. Saya sangat teruja berjumpa dengan beliau; Prof Dr Harlina Halizah sebelum ini. Sebelum ini, hanya berkesempatan mendengar nama tanpa ada ruang untuk lebih dekat, namun syukur Allah mengatur sebaliknya baru-baru ini.

Saya pulang dengan motivasi yang tinggi hari itu usai sesi wawancara. Inilah kelebihan dan manfaat yang saya percaya rata-rata wartawan hargai dan sukakan. Kerana mendengar hujahan atau sebarang maklum balas tokoh dari hati ke hati. Dan kita menjadi yang terawal menyerap setiap kalimah yang diungkapkan.

Saya yakin ramai yang mengenali tokoh ini. Apa pun, saya hanya mahukan kongsi satu motivasi yang saya pinjam daripada beliau. Mudah-mudahan.


Analogi Wave dan GPS yang diceritakan. Saya ceritakan kembali dengan versi dan kefahaman saya. Beliau mengakui banyak berjalan membawa banyak ibrah sebenarnya, semudah perjalanan di lebuh raya.

Bezakan pengguna lebuh raya  yang mahu melepasi tol. Memang ada lorong tunai, Touch N Go juga Smart Tag.  Jika kita memilih lorong tunai, semahunya memang kena peruntukkan duit yang cukup untuk melepasi palang. Waktu itu, walau tak cukup sepuluh sen pun, jangan harap ada belas kasihan berlaku di situ.


Kemudian, beralih pula di lorong TNG. Lorong ini mungkin lebih tenang sedikit berbanding lorong tunai yang perlu beratur lama. Pemandu perlu berhentikan kereta, dan kemudiannya menyentuh kad di tempat akses yang disediakan, kemudiannya barulah palang tol terbuka. Tetap perlu ada kesabaran di situ, perlu berhati-hati selalu dengan baki tunai yang ada dalam kad.

Seterusnya, di lorong Smart Tag. Ya, lorong ini lebih pantas. Unik bukan, di lorong ini sistemnya dapat mengecam atau mengenal pasti kereta yang melaluinya. Kenapa? 

Mestinya kerana pemandu yang telah memilih melaburkan sejumlah wang untuk kad Smart Tag tersebut. Lorong ini seolahnya menjadi penjaga atau pengawal pintu yang sangat baik, sangat mesra.


Subhanallah, sekarang alih cerita palang dan lorong-lorong itu dengan membayangkan itulah perjalanan kita di masyhar kelak. Itulah analogi Prof. Dr. Kita yang memilih untuk menjadi pemandu di lorong yang bagaimana. Dan jika mampu, berhasrat dan bercita-citalah menjadi yang melalui lorong Smart Tag.

Namun, bagaimana?

Caranya sudah pasti. Dengan membayar dahulu di sini, di dunia. Jadi kita perlu laung-laungkan kuat setiap hari, bahawa kita perlu berusaha, perlu melabur, perlu berpayah-payah dahulu di sini untuk senang di sana nanti. 

Berhentilah berungut, bersedih, bersungut dan fikiran negatif dan lemah yang lain. Kita perlu hidup dengan falsafah bahawa dunia ini tempat yang akan ditinggalkan, dan akhirat itulah destinasi yang sedang dituju, sedang menanti.

Semoga  dunia yang kita lalui setiap hari ini benar-benar menjadi ladang kita ke akhirat kelak.

Ikuti pelbagai lagi tip dan nasihat Prof. Dr. Harlina dalam majalah al-Ustaz akan datang. Ada dikongsi di situ. Semoga bermanfaat untuk kalian.

Wanza Mohamad
1 Mac 17, Kuala Lumpur
Selesai ditulis 10:22 malam


#editor365
#kitadalampembikinan


Sangat menginspirasikan!





Al-Ustaz isu terkini 59. Model amatur merupakan kerjaya sambilan saya. :)


Friday, January 06, 2017

Wanita Pejuang






  Wanita Pejuang

  


Di balik tabir kehidupan,  dia hidup.
Di lembah rahim masyarakat,  dia hidup, 
Di pentas manusiawi, dia hidup.


Dia..
Tetap  pejuang, 
Meski di kerajaan suami,
Negeri bernama rumah tangga,
Telah dia bersiap siaga,
Melahirkan generasi masa hadapan, 
Berbekal asuhan cinta insan dan jua Ilahi.


Tangan mulus dia telah mengayun buaian,
Tangan mulus dia juga halus mengoncang isi dunia,
Begitulah kuasa dan luar biasanya dia.
Dialah...seorang wanita.
Tetap, bantulah dia.


Wardah Safiah

#kitadalampembikinan





Insan termasuk wanita menjadi kuat ketika Allah kekal dalam setiap langkahannya.

Friday, December 30, 2016

HANYA HAMPIR




Hanya Hampir

 

 

Kita barangkali hampir rebah tetapi masih belum tersungkur.
Oh Tuhan.



#kitadalampembikinan





Oh Tuhan. l  Danau Maninjau, Dis 16.